PENGENALAN

















Kelab Kembara dan Rekreasi Universiti Teknologi

PETRONAS (KKRUTP)
 
adalah sebuah kelab bukan

akademik yang ditubuhkan di Universiti Teknologi PETRONAS bagi

menyediakan medium yang luas kepada pelajar-pelajar universiti

ini untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang lasak serta

penuh dengan cabaran. Penubuhan kelab ini bermatlamat

bagi meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental

setiap pelajar UTP selain menjana keyakinan diri serta

semangat berpasukan
. Sejak penubuhan KKRUTP, pelbagai

aktiviti menarik telah berjaya dianjurkan setiap tahun

seperti UTP Outdoor Carnival, UTP Power Challenge,

Induction camp, aktiviti pendakian gunung, Family Day serta

aktiviti-aktiviti amal
. Penganjuran aktiviti-aktiviti yang

bermanfaat ini telah menjadikan KKRUTP sebagai sebuah kelab

yang amat aktif
serta mempunyai bilangan keahlian yang

terbesar di universiti ini
. Keahlian KKRUTP tidak terhad

untuk jangka masa pelajaran di UTP sahaja. Terdapat ramai juga

ahli KKRUTP yang telah menamatkan pelajaran di UTP yang masih

bergiat aktif di dalam kelab ini dan tidak terlepas untuk

menyertai segala aktiviti yang dianjurkan KKRUTP.

"ONCE KEMBARIANS, ALWAYS

KEMBARIANS"








SEJARAH PENUBUHAN KKRUTP








Kelab Kembara & Rekreasi UTP (KKRUTP) merupakan antara

kelab yang terawal ditubuhkan di Universiti Teknologi

PETRONAS iaitu pada tahun 1998. Pada awal penubuhan, kira-kira

hanya 100 orang ahli sahaja yang mendaftar. Walaupun jumlah

keahlian pada ketika itu menyukarkan barisan pelopor KKRUTP

untuk bergerak aktif, namun, segala usaha dan semangat barisan

pelopor tersebut yang tidak mengenal erti putus asa telah

menjadikan KKRUTP sebagai sebuah kelab yang begitu cemerlang

sehingga hari ini. Tahun demi tahun, jumlah keahlian KKRUTP

meningkat hampir menjangkau 500 orang. Dengan penambahan

jumlah keahlian yang mendadak, pelbagai aktiviti-aktiviti yang

berprestij berjaya dianjurkan oleh KKRUTP serta mendapat

tempat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat seperti UTP

Power Challenge dan UTP Outdoor Carnival.